Sunday, 5 April 2015

Seminar Dr Azizan Osman tak best?

Entri 3

Teks : Noorhidayu Binti Ab. Ghani

Gambar: Foto peribadi


Assalamualaikum semua..

Hari Ahad 19 April hari tu,saya dan suami berpeluang menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa di Menara PGRM anjuran Dr Azizan Osman.Seawal 6:45 pagi saya dan suami keluar rumah.Takut jalan sesak nanti lambat pula sampai sana.Anak-anak saya hantar ke Taska.Walaupun berat hati nak tinggalkan budak-budak ni,tapi saya pujuk hati ini.Saya pergi bukan untuk suka-suka tapi saya pergi sebab nak tambah ilmu.Pagi tu saya bangun awal dan masak bekalan makanan untuk dihantar ke taska.At least anak-anak masih lagi dapat sentuhan kasih sayang ibunya..

Selesai menghantar anak kami terus bergegas ke Menara PGRM.Nasib baik jalan tak sesak.Dalam pukul 8:00 kami sampai dan terus ke tempat pendaftaran.Ya Allah ramainya orang.Semuanya bersemangat nak dengar Dr Azizan bercakap secara Live.Selesai mendaftar kami diberi sebuah buku bertajuk 21 Formula Hidup Luarbiasa.Apa yang menariknya buku ini tidak dijual lagi di mana-mana kedai buku.Kiranya bertuah la sesiapa yang hadir seminar ini sebab dapat buku ini secara percuma.

Untuk seminar ini,lelaki dan perempuan dipisahkan.Jadi kami suami isteri mengambil tempat secara berasingan.Sebelum masuk ke dalam dewan,para petugas telah berpesan untuk tidak mengambil gambar dan merakam video sepanjang program berlansung.Bila masuk je dewan itu terasa aura yang lain sangat.Semua orang begitu bersemangat.

Masa yang ditunggu telah tiba.Apabila Dr Azizan keluar semua orang bersorak.Bagi saya Dr Azizan seorang yang sangat rendah diri.Walaupun sudah bergelar Billionnaire,beliau masih lagi sudi untuk mengajar anak-anak melayu bagaimana untuk buat duit.Dia boleh sahaja memilih untuk tidak menolong bangsa Melayu namun dia tidak begitu.Moga Allah memberkati usahanya.

Antara point penting semasa seminar tersebut ialah Apakah perkara yang menjadi penghalang seseorang itu berjaya.Saya ringkaskan dalam entri ini Kalau nak tau lebih mendalam kena lah pergi Seminar yang dianjurkan Dr Azizan.

9 cabaran untuk hidup luar biasa.

1) Ego
2)Skeptikal
3)Takut
4)Merasakan diri tidak layak
5)Tidak yakin
6)Suka bertangguh
7)Banyak alasan
8)Mudah terpengaruh dengan perkara negatif
9)Tidak bersungguh.

Apa yang saya nyatakan adalah sangat ringkas.Nak tahu lebih lanjut,kena lah pergi dan rasai sendiri aura tersebut.Dalam seminar tersebut,DAO (Dr Azizan Osman) ada menjemput Fizo Omar untuk berkongsi kejayaannya yang mampu membuka 150 gerai hot burger.Sangat mengagumkan bagaimana Fizo Omar dapat bangkit semula dari kejatuhan yang dialaminya.

Banyak sesi video kejayaan ditayangkan semasa program tersebut.Namun apa yang saya boleh simpulkan,mereka yang berjaya itu ialah mereka yang bertindak luar biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.Jika ilmu perniagaan penuh didada pun tapi tiada tindakan,kita tidak akan kemana-mana.

Kesimpulannya,saya dan suami sangat teruja berada didalam dewan tersebut.Insya Allah jika tiada aral dan diizinkanNya,kami suami isteri ingin menyertai IMKK(Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan).Jikalau ada masa,saya akan review buku 21 Formula Hidup Luar Biasa.Sehingga bersua kembali.Bye.

Thursday, 2 April 2015

Salam perkenalan.

Teks : Noorhidayu Ab. Ghani

Entri #1

Assalamualaikum dan selamat berkenalan.

Nama saya ialah Noorhidayu Binti Abdul Ghani. Saya dilahirkan pada 11 September 1985.Siapa sangka 16 tahun selepas saya dilahirkan dunia digegarkan dengan berita WTC dan Pentagon di USA di serang pengganas.Sehingga hari ini,tarikh tersebut diingati diseluruh dunia. Bila ada bertanya tentang tarikh lahir saya pasti ada yang mengaitkan dengan tragedi hitam tersebut.

Saya merupakan anak sulung kepada pasangan Abdul Ghani dan Rusidah . Saya mempunyai 3 orang lagi adik yang mana mereka semua ada yang sudah berkerja serta ada juga yang masih bersekolah.Saya di lahirkan di Hospital Terendak Garison, iaitu hospital yang terletak di dalam kem askar di Terendak, Melaka.  Walaupun saya dilahirkan di Melaka, namun saya dibesarkan dan bersekolah di Terengganu kerana mengikut ayah saya bertugas di JKR Terengganu.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cheneh Baru dan kemudian di peringkat menengah saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru. Setelah berjaya memperolehi keputusan cemerlang semasa PMR,saya meneruskan persekolahan saya di Sekolah menengah Sains Kuala Terengganu.
Tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah selama  setahun. Kemudiannya,Saya melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Statistik.Alhamdulillah setelah bertungkus lumus berjuang akhirnya saya berjaya menggenggam segulung ijazah pada Tahun 2008.

Semasa di UKM ini lah saya berkenalan dengan suami saya. Setelah mengenali hati budi masing-masing,kami sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Kini kami telah dikurniakan dengan 3 orang anak yang masih kecil belaka.Anak sulung baru berusia 5 tahun,kedua 2 tahun dan yang kecil sekali berusia10 bulan.

                 Dari kiri: Maryam Nasuha,Ahmad Amru Rizqin dan Ahmad Umar Raziq


Selepas tamat pengajian,saya cuma berada dirumah dalam masa 2 bulan sahaja dan kemudiannya terus mendapat pekerjaan di sebuah sekolah swasta di Gombak. Pada mulanya saya tidak menyangka,saya akan bekerja sebagai seorang guru. Tapi lama-kelamaan minat itu datang kemudian.Saya akui saya seronok bergelar seorang guru.

Namun tahun berganti tahun,apabila anak makin bertambah saya mula merasakan saya lebih diperlukan dirumah berbanding di tempat kerja.Dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian,saya rasa tidak betah mahu meninggalkan mereka di bawah jagaan taska.Kata hati ini terlalu kuat ingin bekerja dari rumah kerana saya ingin menjaga sendiri anak-anak ini.Tetapi saya tidak boleh meletakkan jawatan secara mendadak.Banyak yang perlu dipertimbangkan.Oleh sebab itu lah saya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.Ini saya lakukan sebagai persediaan apabila saya sudah bersedia meletakkan jawatan nanti. Setakat ini saya telah mula menjadi agent Seaweed Rangup.Sejenis kerepek yang diperbuat dari kulit popia dan rumpai laut,Alhamdulillah setakat ni sambutan agak menggalakkan.

                                                         Botol Seaweed Rangup
                                       






Selain daripada itu,saya juga merupakan pengedar barangan kesihatan Shaklee.Saya rasa seronok dapat membantu orang lain mendapat kesihatan yang baik. Dalam pada saya tercari-cari apakah medium pemasaran untuk produk saya,saya terjumpa dengan blog Puan Anys Idayu.Jadi selepas menimbang beberapa perkara saya pun bersetuju menyertai Akademi Bekerja dari Rumah.Saya berharap blog ini boleh menjadi saluran pada saya berkenalan dengan lebih ramai lagi suri rumah diluar sana. Di harap usaha kecil saya menyedarkan masyarakat betapa pentingnya cara hidup sihat memberi manfaat kepada ramai orang.