Teks : Noorhidayu Ab. Ghani
Entri #1
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Nama saya ialah Noorhidayu Binti Abdul
Ghani. Saya dilahirkan pada 11 September 1985.Siapa sangka 16 tahun selepas
saya dilahirkan dunia digegarkan dengan berita WTC dan Pentagon di USA di
serang pengganas.Sehingga hari ini,tarikh tersebut diingati diseluruh dunia.
Bila ada bertanya tentang tarikh lahir saya pasti ada yang mengaitkan dengan
tragedi hitam tersebut.
Saya merupakan anak sulung kepada pasangan
Abdul Ghani dan Rusidah . Saya mempunyai 3 orang lagi adik yang mana mereka
semua ada yang sudah berkerja serta ada juga yang masih bersekolah.Saya di
lahirkan di Hospital Terendak Garison, iaitu hospital yang terletak di dalam
kem askar di Terendak, Melaka. Walaupun saya dilahirkan di Melaka, namun
saya dibesarkan dan bersekolah di Terengganu kerana mengikut ayah saya bertugas
di JKR Terengganu.
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Cheneh Baru dan kemudian di peringkat menengah saya bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru. Setelah berjaya memperolehi keputusan
cemerlang semasa PMR,saya meneruskan persekolahan saya di Sekolah menengah
Sains Kuala Terengganu.
Tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah selama
setahun. Kemudiannya,Saya melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang
Statistik.Alhamdulillah setelah bertungkus lumus berjuang akhirnya saya berjaya
menggenggam segulung ijazah pada Tahun 2008.
Semasa di UKM ini lah saya berkenalan
dengan suami saya. Setelah mengenali hati budi masing-masing,kami sepakat untuk
mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Kini kami telah dikurniakan
dengan 3 orang anak yang masih kecil belaka.Anak sulung baru berusia 5 tahun,kedua 2 tahun dan yang kecil sekali berusia10 bulan.
Dari kiri: Maryam Nasuha,Ahmad Amru Rizqin dan Ahmad Umar Raziq
Selepas tamat pengajian,saya cuma berada dirumah
dalam masa 2 bulan sahaja dan kemudiannya terus mendapat pekerjaan di sebuah
sekolah swasta di Gombak. Pada mulanya saya tidak menyangka,saya akan bekerja sebagai seorang guru. Tapi lama-kelamaan minat itu datang kemudian.Saya akui saya seronok bergelar seorang guru.
Namun tahun berganti tahun,apabila anak makin bertambah saya mula merasakan saya lebih diperlukan dirumah berbanding di tempat kerja.Dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian,saya rasa tidak betah mahu meninggalkan mereka di bawah jagaan taska.Kata hati ini terlalu kuat ingin bekerja dari rumah kerana saya ingin menjaga sendiri anak-anak ini.Tetapi saya tidak boleh meletakkan jawatan secara mendadak.Banyak yang perlu dipertimbangkan.Oleh sebab itu lah saya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.Ini saya lakukan sebagai persediaan apabila saya sudah bersedia meletakkan jawatan nanti. Setakat ini saya telah mula menjadi agent Seaweed Rangup.Sejenis kerepek yang diperbuat dari kulit popia dan rumpai laut,Alhamdulillah setakat ni sambutan agak menggalakkan.
Selain daripada itu,saya juga merupakan pengedar barangan kesihatan Shaklee.Saya rasa seronok dapat membantu orang lain mendapat kesihatan yang baik. Dalam pada saya tercari-cari apakah medium pemasaran untuk produk saya,saya terjumpa dengan blog Puan Anys Idayu.Jadi selepas menimbang beberapa perkara saya pun bersetuju menyertai Akademi Bekerja dari Rumah.Saya berharap blog ini boleh menjadi saluran pada saya berkenalan dengan lebih ramai lagi suri rumah diluar sana. Di harap usaha kecil saya menyedarkan masyarakat betapa pentingnya cara hidup sihat memberi manfaat kepada ramai orang.
saya bukan seorang suri rumah...tapi saya bahagia hanya bekerja dirumah
ReplyDeletesesekali dijemput untuk datang berceramah..https://amizaglobal.com